Akhlak bukan pada Nama

Image result for happy drawing hd
Assalammualaikum wbt.
Haaa, headings kalini nak bercerita serba sedikit lah mengenai nama khas yang diberi oleh ibu bapa kita sebelum kita lahir ataupun selepas kita dilahirkan. Agak fakta sikit lah nak discuss walaupun banyak benda lain yang nak diceritakan, so let me do this first. Nama manusia ni dalam Agama Islam ertinya sangat indah. Bukan semua nama ertinya indah, adakalanya ada nama yang tidak digalakkan untuk digunakan oleh manusia kerana ertinya yang agak tidak begitu indah (nanti google lah ataupun beli buku kamus nama dalam Islam tu).


Mostly nama-nama yang ada sekarang ni pun dah begitu indah, eg: muhammad, ahmad, nur, siti dan sebagainya. Kerana lontaran yang sangat luar biasa musim yang tak berganti musim ni, adakalanya terdapat nama yang pelik dan jarang digunakan (rizki = riezkey). Seolah-olah nama itu di putar belitkan hurufnya tetapi bunyinya tetap sama. Hmmmm, agak susah lah untuk mereka yang menghadapi short-term memory lost.



Okay, actually bukan itu yang saya ingin ketengahkan, tetapi erti disebalik nama-nama yang indah situ. Zaman berganti zaman, serupa dengan akhlak berganti akhlak. Tidak kira remaja, kanak-kanak, serta orang dewasa lupa akan akhlak yang sepatutnya mereka tampilkan. Ajaran agama telah pupus dan susah untuk bangkitkan. Akhlak tidak mencerminkan Nama.



Itulah masalah yang dihadapi oleh orang-orang kita ketika ini. Nama yang indah telah tertulis di atas sana untuk kita, mengapa kita tidak melangsungkannya dengan menampilkan akhlak yang sepatutnya? Mengapa? Ada motif yang ingin ditonjolkan? Ada niat disebalik tujuan? Kenapa? Tanya pada diri.



Nama yang diberi seindah-indah nama. Buktikan lah bagaimana erti nama kita, begitu jugalah akhlak kita. Buktikan sehabis baik. Bukti dan menunjuk adalah sesuatu yang sangat berbeza. Menunjuk itu lebih kepada sifat negatif yang ingin mendapat perhatian orang lain tentang mereka. Bukti pula adalah sifat yang murni. Contohnya, buktikan kepada mereka diluar sana yang kamu adalah kawan yang baik, kawan yang boleh mendampingi kawan ketika mereka susah, kawan yang sedia ada ketika susah, kawan yang sentiasa menolong mengingati tentang baik dan buruk, dan kawan yang paling diredhai adalah kawan yang mengingati kita tentang hari pembalasan. Kawan yang ingatkan kita tentang dosa dan pahala. SubhanaAllah.



Sesungguhnya kita adalah kalangan umat yang terakhir, kita sepatutnya lebih dekat kan diri kita dengan benda yang mengingati kita tentang bertapa dekatnya kita dengan akhir zaman. Akhlak yang sepatutnya yang terkandung dalam kitab sepatutnya menjadi idea supaya menyusun tingkah laku kita dari hari ini sehingga akhir.



Sebelum itu, selamat menyambut bulan Syawwal yang mulia. BarakaAllah.



Yang baik datang dari Allah swt and yang jahat datang dari diri yang sentiasa melakukan kesalahan.
Insya Allah.

Comments

Popular Posts